Thursday, 28 June 2018

MOK

MOK...

itula nama panggilan aku dan dia. siapa dia...ada masa nanti aku sambung tulis ye..sekarang sibuk nak buat assignment. c u next time.

ok kite sambung camne aku ngan mok boleh kenal.

kisah ye bermula dari tahun 2008, disebuah sekolah (nama skola dirahsiakan). kitaorang ni duduk hostel. si mok ni muda setahun dengan aku. waktu tu aku form 5 dia form 4. aku ni aktif sukan kat skola, kira selalula wakil sekolah dalam 1 acara. si mok ni pun aktif sukan gak..sebelum ni dia wakil sekolah acara lain tapi entah apa mimpi waktu tu dia tukar bidang sukan..jadi kitaorang 1 group sukan yang sama la.

ok...ni part mula2 aku pertama kali dengar nama dia bila dibagitahu dia main acara yang sama dengan aku.

pada suatu hari, ada seorang roomate aku ni tetibe je cakap... " k.kin, nanti kalau turun latihan kirim salam pada mok ye". aku pun tergaru2 kepala yang tak gatal sebab pelik, nama yang disebut tu aku xkenal langgung so macam mane aku nak sampaikan salam dia tu. aku pun turun lah ke padang..disebabkan aku ni tak kenal dia. aku pun tanyala pada kawan2 sebaya dia..." Abdul, siapa mok?. abdul jawab...ooo..ni kat tepi aku..sambil mok tengok muka aku..malu giler wei..aku pun selambar dalam tahan malu..aku pun cakap apa yang roomate aku kirim.

ha...bermula la kisah aku kenal mok...dan mok kenal aku..

da ngantok la..sambung esok..ok bye

Tuesday, 2 July 2013

^_^ Suami Sweet ^_^

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK
1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut

^_^ Sayang Suami ^_^


21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang
1. Bersihkan diri
Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
2. Sentiasa senyum
Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.
3. Tidak moody
Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

Monday, 6 May 2013

~*~WAHAI PARA SUAMI~*~*



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Tuesday, 5 March 2013

Yg KaSaR bEsAr leMbUt nyA.. ^_^


"Anda mampu mendidiknya" 
---------------------------------

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"

Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut. 

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.

base on kisah benar orang tu, cerita oleh: Muhammad Rusydi

‎"Anda mampu mendidiknya"
------------------------------
---

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Thursday, 21 February 2013

~✿..KITA BERCINTA DI SYURGA YA..✿~



Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

SeTiApNyA AdA PEnGaJaRaN


Masa kecik2,aku nakal sgt.ckp je ape aku tak pernah kena.Rotan?batang paip pvc?sepak?penampar?terajang?SEMUA aku dah pernah rasa,Hanger jgn ckp lah,beratus hanger patah abah aku buat pukul aku.Sebab tu aku benci abah aku.aku rasa dia mmg tak syg aku.Bila tgk dia ckp baik2,lembut2 dgn sepupu2 aku,aku rasa dia mmg betul2 benci aku.Aku ingat sgt,aku selalu buatkan dia air sebelum dia tidur.Aku bwk kat bilik mak dgn abah aku.Niat kat hati ni nak ambil hati dia,nak rapat dgn dia.Tapi.....hati aku selalu hancur bila keesokan pagi,bila aku nak pergi sekolah,aku tgk air tu tak berusik langsung.kat situlah tempatnya,mcm tu jugaklah banyaknya.Dulu,aku nak berbual dgn abah mmg mustahillah...