Saturday 22 December 2012

Surat untuk abang ^_^


Surat untuk abang...
Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..

Friday 21 December 2012

Terlerai Kasih :)



Malam menjadi saksi bagaimana bahagianya aku apabila dengan sekali lafaz diri ini sudah menjadi miliknya. Senyuman tak lepas dari wajahku walaupun ada mutiara jernih menjadi temanku sekejap tadi.

“tahniah isteriku..” bisiknya perlahan sebaik saja bibirnya menyentuh dahiku.
“terima kasih suamiku..” balasku dengan rasa malu yang mungkin sudah mewarnai wajah ini. Terdengar ketawa kecil beberapa tetamu yang terdiri dari saudara-saudara terdekatku.

Diary Seorang Isteri ^_^


Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

^_^ Dia Suamiku... ^_^


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Fadzilah Kamsah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

♥ஜ♥(¯`•.¸ღ COKLAT CINTA ღ¸.•´¯)♥ஜ♥



Terkebil-kebil mataku membaca pamplet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.

Kerana dia seorang ibu ^_^



“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Kenapa Tak Rogol Saya?????

 Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

MAAFKAN MAMA SAYANG !!!!!!!!


“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.

Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.

Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.

Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.

Thursday 20 December 2012

HaRgA mAsA AyAh ^_^


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Monday 3 December 2012

CiNtA HaLaL SyUrGa ✰ ◠◡◠ ✰

gambar hiasan
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Sunday 2 December 2012

SuRaT CiNtA UtK MaK ^_^

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

Wednesday 19 September 2012

KERANA MU BOLA




MULA KENAL FORM 4 (DI GELANGGANG BOLA TAMPAR)
hanisah  : amir, siapa budak tu? Budak baru ke?

amir : dia baru nak masuk team kitaorang, sebelum ni dia main badminton sekolah..dah bosan katanya , tu yang tukar angin nak main bola tampar plak.
hanisah : ooo…

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN
hanisah : wei tolong ambilkan bola yang kat belakang ko tu.
khairul : ambillah sendiri..tak ada kaki ke?
hanisah : sombong giler..da la budak baru tetiba je nak belagak..minta tolong sikit pun tak boleh..tak pe..tak pe..(dengan perasaan geram hanisah melangkah juga untuk mengambil bola)
khairul : wei budak jom latihan dengan aku. Budak-budak lain cakap ko hebat sangat main bola tampar.
hanisah : tak nak la aku..ko ajaklah kawan ko, kan ramai..aku nak latihan ngan kawan aku. Aku tak hebat pun.
khairul : eleh nak merendah diri.


KAHWIN TANPA CINTA


Gambar Hiasan

KAWAN SEKOLAH
ain : assalamualaikum eika, sihat?
ika : waalaikumussalam ain..sihat Alhamdulillah..ain sihat?
ain : Alhamdulillah ain sihat juga..ika, ain ada 1 perkara nak bincang dengan ika. Ika sibuk tak sekarang?
ika : tak ada buat apa pun, baru lepas breakfast, kenapa ain.?
ain : malu nak cakap sebenarnya tapi kena cakap juga.
ika : tak payahlah nak malu, cakap aja lah, ika rasa macam serius je ain ni.
ain : memang serius pun. Sebenarnya ain nak mintak tolong ika carikan sesiapa yang sudi jadi suami ain.
ika : subhanallah. Besar ni ain. Pasal jodoh ni agak berat bagi ika. Kenapa tetiba aja ni?
ain : ain dah agak dah ika akan terkejut.

Saturday 23 June 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH


Gambar Hiasan
PERTEMUAN DI KEDAI MAKAN
Azizul : ooiii…ko ni tak nampk ke aku ngah amik makanan, ko sibuk berdiri kat sini kenapa? (dengan nada yang agak tinggi)
Azira : Maaf encik, saya tak perasan. (dengan nada biase, slow dan tak kuat)
Azizul : sori..sori..naik lori la weii..

SEDANG MENIKMATI MAKANAN
Azizul : Mi, ko tengok pompuan yg pakai tudung macam tudung saji tu..isssshhh naik menyampah aku tengok muka dy.
Azmi : (menoleh kea rah yg di tunjukkan azizul) Cumel dan cantik ..

Azizul : ooiitt ko nape back up dy plak.. (Menahan geram)
Azmi : la ko nape marah2, dy bkn buat salah pun ngn ko..
Azizul : xbuat salah ko kate,..ni tengok (sambil menunjukkan bekas kotoran di lengan baju ye)
Azmi : ala cikit je..tu pun nak kecoh sebandar..
Azizul : aaarrrrrr aku xpuas ati, da la ptg ni aku meeting..malu aku dgn baju kotor ni..
Azmi : pakai la kot..t xnampk la kotor tu.

Wednesday 20 June 2012

KAWAN DARI KECIK


Gambar Hiasan
                                                              
SATU PETANG DI PADANG BOLA
Syafiq : Along, adik ko tu brutal sgt la..
Along : Adik aku yg mane? Maklumla aku ade ramai adik.
Syafiq : Ramai la sangat 2 je kot..Ala adik ko yg nama sama ngn aku
Along : adoyai..yg mne deh..aku xingat la nama dorg..
Syafiq : betuah pny abg nama adik sndiri pun xingat..
Along : cane nak ingat ye..dr kecik dok panggil along angah alang je..nama aku pun kadang aku xingat.
Syafiq : susah tol dpt abg cam ko kn..adik ko angah tu la..syafiqah kn nama dy..?
Along : emm betul la tu kot..kot la..ha nape ngn angah tu..?
Syafiq : brutal tp hebat.
Along : ni mesti kes nak ngorat angah kan..?
Syafiq : a’ah..niat d hati memang cam tu..ko ok x lau aku jd adik ipar ko?
Along : aku xkisah sape adik ipar aku..mamat bangla pun aku terima..

MAMAT JIWANG & MINAH BRUTAL

gambar hiasan

MAMAT JIWANG & MINAH BRUTAL (rutin harian mereka adalah menaiki KTM)
Isnin (MULA2 BERKENALAN )
Mamat :  Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah :  waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…
Mamat :  waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah :  ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat :  tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)