Wednesday 19 September 2012

KAHWIN TANPA CINTA


Gambar Hiasan

KAWAN SEKOLAH
ain : assalamualaikum eika, sihat?
ika : waalaikumussalam ain..sihat Alhamdulillah..ain sihat?
ain : Alhamdulillah ain sihat juga..ika, ain ada 1 perkara nak bincang dengan ika. Ika sibuk tak sekarang?
ika : tak ada buat apa pun, baru lepas breakfast, kenapa ain.?
ain : malu nak cakap sebenarnya tapi kena cakap juga.
ika : tak payahlah nak malu, cakap aja lah, ika rasa macam serius je ain ni.
ain : memang serius pun. Sebenarnya ain nak mintak tolong ika carikan sesiapa yang sudi jadi suami ain.
ika : subhanallah. Besar ni ain. Pasal jodoh ni agak berat bagi ika. Kenapa tetiba aja ni?
ain : ain dah agak dah ika akan terkejut.


ika : mestilah terkejut. Ain yang ika kenal tak akan sebut pasal jodoh sebelum memegang segulung ijazah. Mesti ada sesuatu ni, ceritakan yang sebenar ain pada ika.
ain : memang itu lah hakikat hati dan niat ain. Sebenarnya, tak terlintas dalam fikiran ain untuk kawin semasa belajar. Emmm..ibu ain yang mengesa ain suruh cari pasangan cepat. Dia bagi tempuh  masa 1 semester (6 bulan ) untuk ain cari calon. Jika tamat tempoh yang dia bagi ain masih tak Berjaya dapatkan calon, ibu akan kawinkan ain dengan pilihannya. Itulah yang merunsingkan hati ain, tak tenang ain nak belajar di sini.
ika : masyallah, mungkin dah masanya ain berumahtangga. Ain sudah buat solat isthiharah. Memohon petunjuk dariNYA.
ain : sudah ika. Hampir setiap malam ain buat. Hati ain berat sangat. Ain tak mampu. 
ika : baiklah. ika akan tolong ain. Bagaimana ciri lelaki yang ain mahukan.?
ain : cukuplah hanya baik agamanya. Jika ika rasa dia sesuai untuk ain, insyallah ain terima.
ika : insyallah, ika cuba bantu ain. Doa banyak-banyaknya ain.
ain : terima kasih sahabatku.


SENIOR SEKOLAH
ain : assalamualaikum kak yati..sihat?
yati : waalaikumussalam..akak sihat. Sayang akak sihat?
ain : Alhamdulillah ain sihat. Akak, ain nak minta tolong akak sikit.?
yati : insyallah boleh sayang. Minta tolong apa?
ain : minta tolong cari kan calon suami untuk ain.
yati : subhanallah.  Besarnya permintaan ain.
ain : ain terpaksa meminta tolong akak kerana ibu ain mahu ain kawin awal tapi ain tak ada calon lagi.
yati : baiklah. akak akan minta suami akak rekeman kan kawan-kawan dia yang baik untuk ain.
ain : terima kasih akak.
yati : sama-sama. Kalau sudah ada nanti akak telefon ain lagi.
ain : baik.

5 BULAN KEMUDIAN
ain sedang menyiapkan tugasannya yang di beri oleh pensyarahnya. Dalam keasyikan dia menyiapkan tugasannya tetiba dia teringat perbualan dia bersama sahabat dan seniornya di dalam telefon 3 malam yang lepas.
ika : ain, maaf ye, ika tak dapat bantu ainlah. Ika tidak dapat cari calon untuk ain.
yati : ain, akak dan suami akak sudah tanyakan kawan-kawan kami yang bujang tapi kebanyakan mereka sudah berpunya, maafkan kami ain sebab tak dapat bantu ain untuk mencari calon suami.

tanpa di sedari air mata ain mengalir apabila dia teringat perbualannya bersama ibunya di rumah 5 bulan yang lepas.
ibu : ain, ibu nak ain kawin awal. Ibu bagi tempoh 6 bulan untuk ain calon sendiri. Kalau 6 bulan tak jumpa, ibu akan kawinkan ain dengan pilihan ibu sendiri.
ain : subhanallah. Ibu..kenapa ibu buat ain macam ini. Apa salah ain sampai ibu suruh ain kawin awal. Ibu tahukan ain mahu habiskan belajar dulu. Selepas itu barulah fikir pasal kahwin.
ibu : ibu tak kira. Keputusan ibu muttamad.
ain : ibu, jangan menzalimi ain, ibu. Kenapa ibu tak kawinkan kak long dengan kak ngah yang pasti ada calon sendiri, duit harta pun meraka sudah ada. Kenapa mesti ain yang kawin dulu sedangkan ain masih belajar duit pun tiada, macam mana nak kawin.
ibu : kakak- kakak kamu  lain. Kamu jangan nak membantah cakap ibu. Pokoknya kamu kena kawin juga. Ingat tempoh yang ibu bagi tadi.(sambil ibu berlalu meninggalkan ain di ruang tamu dalam keadaan kebingungan)

ain : subhanallah..Ya Allah, besarnya dugaan yang engkau berikan kepada ku..ampunkan segala dosa daku Ya Allah. (ain terus mengambil wudu’ untuk bermunajat padaNYA memohon kekuatan dalam mengharungi cabaran hidup)

TAMAT TEMPOH 6 BULAN
ain : (di atas bas, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Melaka) subhanallah..apa aku nak jawab dengan mak aku nya yang aku tak bersedia lagi nak kawin. Calon pun tak ada. Ya Allah lembutkanlah hati mak aku dan berilah kesudahan yang baik untuk diri ku.
ain : (sedang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen sambil tergelak -gelak)
ibu : gelak-gelak juga. Macam mana dengan permintaan ibu.
ain : (tersentak dengan teguran ibunya. Dalam hati : subhanallah, sejak bila ibu aku datang sini. Belum sempat ain berkata-kata ibunya terus bersuara)
ibu : kalau senyap maksudnya tak ada calonlah tu. Baguslah kalau macam tu, ibu dah carikan calon yang sesuai untuk kamu. 2 minggu lagi kamu nikah.
ain : Ya Allah ibu. Jangan buat ain macam ni ibu. Ain dah fikir masak-masak. Yang ain belum bersedia untuk berkahwin lagi. Sebab itu ain belum dapat calon lagi. Ibu nikahkanlah kak long dengan kak ngah dulu, memandangkan meraka berdua sudah mempunyai calon dan duit yang cukup untuk berkahwin.
ibu : tak boleh. Meraka ada hal lain yang belum selesai sebab itu tak boleh kahwin.
ain : itu meraka yang sudah cukup pun belum selesai apatah lagi ain ni ibu. Langsung tidak cukup apa-apa. Tolonglah ibu, ain merayu sangat. Janganlah paksa ain buat benda yang ain tak mampu lagi.
along : ooiitt ain. Ko ni memang tak sayang ibu ke. Ibu suruh kawin je, bukan buat apa pun.
angah : entah, kawin ajelah. Ko ni nak jadi anak derhaka ke?
ain : apa kak long dengan kak ngah cakap ni. Kenapa tak akak kawin dulu, kenapa mesti ain.
ibu : sudah jangan banyak cakap. Ain ini keputusan ibu. Jangan nak membantah, kalau membantah juga, ibu tidak teragak-agak untuk memberhentikan kamu dari belajar.
ain : Ya Allah…(sambil menangis teresak-esak dan fikirannya melayang teringat arwah ayah. Dalam hati : ayah..ain nak ayah)
(kedua kakak ain tergelak-gelak melihat keadaan ain yang menangis teresak-esak)

2 MINGGU KEMUDIAN
si suami : AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL AIN BINTI ISMAIL DENGAN MAS KAHWINNYA RM300 TUNAI

MALAM PERTAMA
Suami : dari pagi sampai sekarang abang tengok ain sedih aja. Kenapa ain? (bercakap dengan nada yang perlahan tetapi boleh di dengari ain)
ain : (menangis apabila mendengar soalan dari suaminya)
suami : ain, kenapa menangis. Susah hati abang kalau ain terus macam ini. Cuba cerita pada abang apa yang sebenarnya berlaku (sambil tangannya mengesat air mata ain)
ain : maafkan ain abang kerana buat abang susah hati.
suami : baiklah. sekarang berhenti menangis. Kalau tak nak abang susah hati, ain bagitahu abang kenapa ain sedih sangat hari ni.
ain : baiklah. ain akan berterus terang. Sebelum itu ain minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ain sekiranya apa yang ain cakap ni menguriskan hati abang.
suami : baiklah. abang maafkan ain.
ain : terima kasih abang. Baiklah. ain ikhlas jadi isteri abang tapi sebenarnya ain tak bersedia lagi dengan perkahwinan ini. Ain dipaksa berkahwin dengan abang. Ain tak kenal pun siapa diri abang yang sebenarnya? Nama abang pun ain tak tahu? Maafkan ain abang, bukan ain tak nak ambil tahu tetapi ibu memang tak bagitahu langsung apa-apa pasal abang.
suami : subhanallah. Nama abang muhamad suffian saufi bin muhamad helmi. Dalam hati ain. Ada ruang untuk abang.(sambil menggenggam tangan isterinya)
ain : jujur ain cakap. Hati ain hanya ada nama Allah sahaja, ain tak pernah bercinta sebelum ni. Jadinya ain isi hati ain dengan nama suami ain. muhamad suffian saufi bin muhamad helmi. Tapi ain minta abang beri ruang dan masa pada ain untuk mencari cinta untuk abang. Ain pernah janji dengan diri ain yang ain tak akan jatuh cinta selagi ain masih belajar. Ain berjanji kerana tidak mahu lalai dengan cinta yang akan memusnahkan masa depan ain. Tapi bila sudah kahwin waktu belajar ini. Ain terpaksa memungkiri janji ain itu.
suffian : masyallah, jangan ain. Memungkiri janji itu adalah sifat orang yang munafik. Ain tunaikanlah janji ain itu sehingga selesai belajar. Abang akan tunggu ain. Abang akan tunggu ain hingga ke syurga. (suffian telah sedia maklum bahawa ain masih belajar dan berbaki lagi setahun untuk menamatkan ijazahnya)
ain : terima kasih abang kerana memahami ain. (sambil mencium tangan suaminya)


SUATU PAGI
ain dan suffian hendak menuruni tangga untuk ke dapur untuk bersarapan pagi dan mereka mendengar suara mak ain dan mak suffian bersembang di ruang tamu. Meraka berhenti di tengah jalan, tidak jadi untuk meneruskan perjalanan kerana meraka terkejut dengan perbualan ibu meraka berdua.
mak suffian : mah, kira habislah hutang ko kat aku. Anak ko pun da kawin dengan anak aku.
mak ain : terima kasih jah, baguslah kalau macam tu. Senang hati aku.

ain terus berlari ke bilik semula. Suffian turut mengikuti ain. Bila suffian sampai ke bilik, dia mendapati ain menangis teresak-esak. Suffian cuba menenangkan ain.
suffian : sabar ain. Sabar.
ain : ain tak sangka abang, ibu sanggup buat ain macam ini.
suffian : sabar ain. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang terjadi.
ain : patutlah kak long dengan kak ngah tak nak kawin rupa-rupanya ini di sebaliknya.
suffian : biarkan meraka. Itu urusan Allah.
ain : baik abang.

3 BULAN PERKAHWINAN
suffian : assalamualaikum ain..buat apa?
ain : waalaikumussalam... Baru siap mandi.
suffian : patutlah wangi sampai menyusuk kalbu.
ain : (ain jadi malu sendiri bila di usik oleh suaminya. Walaupun hanya didalam telefon.) abang kat mana ni? Kenapa bising semacam aja?
suffian : abang kat hati ain lah. Kan ain ikat abang kat hati ain. Ain lupa ke?
ain : (diam seribu bahasa, tidak tahu mahu bercakap apa bila di usik mengenai hati)
suffian : ain, kenapa diam? Marah dengan abang ke?
ain : tak adalah. Cuma tak tahu nak cakap apa? Abang kenapa telefon ain pagi-pagi ni.?
suffian : tak kan lah nak dengar suara isteri sendiri tak boleh?
ain : emmmm..boleh (agak lambat ain menjawab)
suffian : bunyi macam tak boleh aja. Tak apalah.
ain : eh abang, boleh lah. Cakaplah abang kat mana ni? Kenapa bising sangat?
suffian : abang ada kat bawah asrama ain. Abang rindu ain, jadi abang datanglah. Kalau ain nak jumpa abang turun lah, kalau tak nak tak apa, abang balik.
ain : subhanallah..nama saja sudah  jadi suami orang tapi perangai macam budak-budak. Kenapa tak cakap awal-awal yang abang nak datang. Bagi ain 10 minit untuk bersiap. Abang tunggu kat bawah ok?
suffian : (suffian tersenyum saat mendengar bebelan isterinya) okey my darling..

10 MINIT  KEMUDIAN
suffian menunggu ain di luar keratanya
ain : assalamualaikum abang…(sambil mencium tangan suci suaminya)
suffian : waalaikumussalam..(menarik ain dalam dakapannya, ain terkejut dengan sikap suaminya, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain hanya mendiamkan diri dalam pelukan suaminya)
suffian : abang rindu ain.ain rindu abang?(sambil melepaskan isterinya dari pelukannya)
ain : (ya..ain rindu abang. Tetapi itu hanya suara hati) ain hanya mendiamkan diri.
suffian : (kesian tengok muka isterinya yang merah padan, mungkin malu suara hati kecil suffian berkata) tak apalah..ain malu ye dengan abang (sengaja dia mengusik isterinya)
ain : tak adalah..buat apa nak malu dengan suami sendiri.
suffian : kalau tak malu, jomlah kita pergi.(sambil menarik isterinya masuk ke dalam kereta)
ain : pergi ke mana? (dengan nada terkejut)
suffian : rahsia (berkata sambil membisik ke telinga isterinya)
ain : (senyap sambil menelan air liurnya)
suffian : ain, bangun kita dah sampai.
ain : (masih mai-mai) ha dah sampai mana?
suffian : dah sampai ke rumah kitalah.
ain : ha rumah kita (agak tinggi nada suara ain akibat terkejut)
suffian : ye sayang..jom masuk, kita tengok.
ain : besar, cantik..kenapa abang membazir duit? Beli rumah yang besar macam ni, mesti mahalkan. Abang carilah rumah yang kecik, ain tak kisah. Ain tak mahu menyusahkan abang. Ain terima seadanya.
suffian : hanya tersenyum bila mendengar colotehan isterinya. (dalam hati : comelnya isteri aku bila membebel sambil merenung muka comel isterinya)
ain : (jadi tak keruan bila di tenung dengan suaminya)yang abang senyum-senyum ni kenapa?
suffian : (berpusing ke belakang isterinya dan terus memeluk isterinya) sayang comel bila membebel.
ain : (hanya mendiamkan diri. Baru dia tersedar yang dia hanya membebel )subhanallah. Maafkan ain abang kerana bising.
suffian : tak apa abang suka. Sayang Nampak comel bila marah. (lembut aja suaminya berkata) rumah ni abang beli dah lama, dah abis bayar pun. Sayang jangan risaunya. Hari ini dengan esok sayang tidur dekat sininya.
ain : mana boleh. Ain tak bawak langsung baju.
suffian : (melepaskan pelukan dan memusingkan badan ain supaya mengadapnya) tak apa. jangan risau, abang dah belikan baju baru untuk sayang dan setiap hujung minggu sayang wajib balik tidur sini.
ain : terima kasih abang. (menundukkan muka kerana malu di tenung suaminya)
suffian : (tersenyum melihat isterinya yang malu-malu kucing) sayangggggg… (dengan nada yang lembut dan manja suffian memanggil isterinya)
ain :  (memandang suaminya yang tersenyum memandangnya)
suffian : membisik ke telinga isterinya..abang nakkkkkk..
ain : abang nak apa? Dia telah berpaling ke  arah lain kerana malu dengan suaminya.
suffian : abang nak sayang masakan untuk abang boleh. Abang laparlah. (sambil kepalanya di lentukkan ke bahu isterinya)
ain : (mencubit manja pipi suaminya) nakalnya abang ni..okey ain masakkan yang best-best untuk abang harini. Abang nak makan apa?
suffin : (seronok bila dapat bermanja dengan isterinya) ain masak apa-apa je, abang tak kisah.
ain : ok. Ain masak biawak gorenglah.
suffian : membulatkan mata bila mendengar jawapan isterinya.
ain : (ketawa bila melihat perubahan muka suaminya)  ain gurau aje lah abang…janganlah buat muka macam tu.
suffian : betuah punya isteri. (sambil menggeletek pinggang isterinya)
ain : cukup abang..cukup..dah..dah..ain nak masak..tadi kata lapar kan.
suffian : okey (dia memberhentikan perbuatanya)
ain : abang pergilah rehat. Biar ain masak. Nanti ain dah siap masak, ain panggil abang.
suffian :  baik sayang( sambil mencium pipi isterinya dan berlalu meninggalkan isterinya yang terpinga-pinga)
ain : (terkejut sambil memegang pipinya yang di cium oleh suaminya dia berlalu ke dapur untuk memasak)

2 BULAN SEBELUM AIN TAMAT PENGAJIANNYA
suffian dan ain di ruang tamu
suffian : sayang, macam mana dengan study ada masalah tak?
ain : Alhamdulillah, setakat ni tak ada. Lagi 2 bulan nak periksa. Bermakna 2 bulan lagilah ain habis belajar. Yeeeeee…seronoknya habis belajar.  4 tahun mengharungi kehidupan sebagai pelajar.
suffian : seronoknya dia.  Ain mula periksa bila?
ain : bulan depan rasanya. Abang, mungkin ain tak balik rumah untuk sebulan peperisaan. Ain biasa duduk hostel aja study. Kalau balik rumah memang tak akan pegang buku.
suffian : tak kesian kat abang ke?
ain : emmmmmmmm …..(sambil menelan air liur..)
suffian : tak apalah siapalah abang ni kan. (buat-buat merajuk)
ain : (dalam hati: abang suami ain la) tetiba air matanya mengalir.
suffian : (terkejut dengan reaksi ain. Tidak menyangka ain akan menangis.) ain kenapa ni. Abang main-mainlah. Sayang Jangan menangis. (sambil menarik ain dalam pelukannya untuk meredakan tangisan ain)
ain : (sudah berhenti menangis)
suffian : sayang, I’m sorry okey. Abang tak kisah pun kalau ain tak balik.
ain : (terkejut dengan jawapan suaminya, berkerut dahinya)
suffian : maksud abang, abang akan outstation bulan depan masa ain exam. Sebab tu abang cakap tak kisah kalau ain tak balik. Baguslah ain duduk hostel, kalau duduk rumah siapa nak jaga ain. Tak tenang nanti abang nak kerja.
ain : abang nak outstation? Di mana? Berapa hari? Dengan siapa?
suffian : haah. Outstation di singgapura, mungkin dalam 3 minggu di sana. Dengan pengurus syarikat abang lah. Cadang nak bawa sayang tapi sayang exam pula.  Ingatkan bolehlah menyelam sambil minum air. Siap kerja lepas itu kita honeymoon.
ain : (tundukkan muka kerana malu dengan kata-kata suaminya)
suffian : (kembali memeluk ain) ain, abang cintakan ain, abang terlalu sayangkan ain. Jaga diri baik-baiknya selama abang pergi nanti. Jangan nakal-nakal. Abang izinkan ain keluar ke mana-mana selama abang kat sana tapi ingat..jangan cari lain..hihihi. maafkan abang kalau abang ada buat salah kat ain. Halalkan makan minum abang selama abang hidup dengan ain.
ain : (menangis kerana terharu dengan kata-kata suaminya, tiada jawapan yang di beri tetapi hanya anggukan kepala sahaja sebagai balasan.)

HARI TERAKHIR SEBAGAI MAHASIAWI UNIVERSITI TEMPATAN
ain : abaaaaaaannnggggg…!!!!!!!!
nana : subhanallah…ain, bangun ain. Awak mimpi ni. Bangun ain dah subuh.
ain : astagfirullahhalazim.
(selepas solat subuh, ain hanya duduk di atas sejadah dengan air mata yang mengalir)
nana : ain, kenapa ni?
ain : aku mimpi dia. Aku rindu dia. Ya aku tak dapat lagi tipu diri aku bahawa aku sudah jatuh cinta dengan dia.
nana : siapa dia itu ain?
ain : dia itu adalah suami saya, nana.
nana : ha? Suami? Sejak bila awak kahwin?
ain : maafkan saya nana kerana merahsiakan hal ini dari awak, banyak sangat hal yang berlaku dalam hidup saya sebab itu saya terpaksa merahsiakan hal ini daripada pengetahuan semua orang termasuk awak yang sebilik dengan saya. Hampir setahun kami berkahwin. Walaupun kami suami isteri tetapi suami saya tidak pernah lagi sentuh saya.
nana : Ya Allah, dah setahun tak akanlah sekali pun tak pernah? Suami awak sihat tak?
ain : yang ringan, cium peluk itu biasa tapi yang berat belum pernah lagi. Suami saya sihat tapi semua dosa saya. Saya yang takut sangat untuk menghadapi kenyataan hidup. Saya terlalu pegang janji saya yang saya tak akan jatuh cinta selagi saya masih belajar.
nana: ain, mencintai suami adalah WAJIB bagi setiap isteri. Melayan semua keinginan suami selagi tidak melanggar syariat Islam adalah wajib. Ingat ain, syuga isteri terletak di telapak kaki suami. Kembalilah ain pada suami awak, terlalu lama dia menunggu awak.  Layanlah dia dengan sebaik mungkin. Jadilah pendamping yang terbaik untuk suami awak. Pintu syurga sedang terbuka untuk awak, ain.
ain : saya janji nana, saya janji dengan diri saya yang saya tak akan membuat dia menunggu lagi. Saya akan katakan padanya saya cintakannya.  Diriku milikmu abang.

PANGGILAN TELEFON.
nurse : assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan puan nurul ain binti ismail?
ain : waalaikumussalam. Ya saya bercakap ni.
nurse : puan sila datang ke hospital selayang sekarang juga kerana suami puan kemalangan sekarang dia ada di wad untuk di bedah. Kami memerlukan puan untuk urusan selanjutnya.
ain : baik. Sekarang juga saya datang.
nana : kenapa ain?
ain : nana, boleh tak awak hantar saya ke hospital selayang, suami saya excident.
nana : boleh. Cepat siap.

DI HOSPITAL SELAYANG
ain : doctor, bagaimana keadaan suami saya?
doctor : Alhamdulillah suami puan selamat. Allah juga segala-galanya.
ain : terima kasih doctor. Boleh saya jumpa suami saya. ?
doctor : boleh. Masuklah.

MALAM KEDUA DI HOSPITAL
ain : abang, ain minta maaf. Ain banyak dosa kat abang. Ain tak jadi isteri yang baik untuk abang. Abang bangunlah, ain rindukan abang. Ain janji ain akan jadi isteri yang baik untuk abang. Dan ibu yang baik untuk anak-anak kita nanti. Abang…bangunlah abang..(ain menangis sambil mencium tangan suaminya)
suffian : aiiinnn..(nada perlahan).
ain : abang..alhamdulillah (terus sujud syukur dilantai hospital) dan bangun semula menekan button memanggil doctor. Abang, jangan tinggalkan ain lagi abang, ain sayangkan abang, ain cintakan abang. Maafkan ain abang kerana buat abang menunggu ain. (ain terus memeluk suffian)
suffian : terima kasih sayang. Abang pun cintakan ain sampai syurga (suffian menitiskan air kegembiraan, bersyukur kepada Allah kerana di beri peluang kedua untuk hidup bersama isteri tercinta.)

waallahua’lam. Wassalam.

No comments:

Post a Comment