Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia
yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Disebabkan hari yang
agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan
dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit
putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula
rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah
berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat
Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan
paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah
dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia
jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam
adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai
polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui
kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa
lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini
hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui
lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi
rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat
sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat
lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do
anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are
not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your
right side and the other one was by your left side. If you were alone of
course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah
kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2
malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa
amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr
r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada
pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment