Wednesday 19 September 2012

KERANA MU BOLA




MULA KENAL FORM 4 (DI GELANGGANG BOLA TAMPAR)
hanisah  : amir, siapa budak tu? Budak baru ke?

amir : dia baru nak masuk team kitaorang, sebelum ni dia main badminton sekolah..dah bosan katanya , tu yang tukar angin nak main bola tampar plak.
hanisah : ooo…

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN
hanisah : wei tolong ambilkan bola yang kat belakang ko tu.
khairul : ambillah sendiri..tak ada kaki ke?
hanisah : sombong giler..da la budak baru tetiba je nak belagak..minta tolong sikit pun tak boleh..tak pe..tak pe..(dengan perasaan geram hanisah melangkah juga untuk mengambil bola)
khairul : wei budak jom latihan dengan aku. Budak-budak lain cakap ko hebat sangat main bola tampar.
hanisah : tak nak la aku..ko ajaklah kawan ko, kan ramai..aku nak latihan ngan kawan aku. Aku tak hebat pun.
khairul : eleh nak merendah diri.



KEESOKAN HARINYA KETIKA LATIHAN
hanisah : wei amir, siapa khairul..? cakap  kat dia ada orang kirim salam. Namanya aku tak ingat lah.
amir : (sambil tergelak kecil) ko ni nisah..ni ha yang kat sebelah aku ni namanya khairul. Cakap la sendiri.
hanisah : (memandang orang yang duduk bersebelahan amir) oOo..dy ke..malas la cakap da..aku blaa lu…(sambil berlalu meninggalkan amir dan khairul)
cikgu : ok..semua murid..cikgu mahu kamu cari pasangan lelaki pompuan, setiap pasangan ambil 1 bola dan wat latihan diging 300 kali tanpa henti selama 15 minit selepas itu kita akan lawan kumpulan mane hebat lelaki atau perempuan.
semua pelajar : baik cikgu (masing2 mencari pasangan dan memulakan latihan)
hanisah : emm aku nak diging dengan siapa..semua dah ada pasangan..adoyai..cikgu pun 1 lah..perlu ke berpasangan ni, kan elok latihan sesama kaum sejenis je..ishhh tak paham lah aku.
khairul : ooiitt budak, ko membebel ni da ada pasangan latihan belum? Kalau belum, jom lah jadi pasangan aku.
hanisah : tak nak lah aku..ko sombong..aku tak suka.
cikgu : hanisah dan khairul ape yang disembangkan lagi..mulakan latihan sekarang.
hanisah : (terkejut dengan teguran cikgunya) baik cikgu..
khairul : padan muka.(khairul dan hanisah meneruskan latihan mereka )
cikgu : ok semua. Berhenti sekarang kita berpecah.  team A L lawan Team B P dan Team B L lawan team A P..

DALAM GELANGGANG
khairul : oOoiitt budak..kite tengok siapa hebat..ko atau aku?
hanisah : ada..ada..aku kisah..?



SELEPAS PERLAWANAN
khairul : ingatkan hebat sangat lah main..kalah gak dengan aku yang baru main.
hanisah : ala lawan dengan perempuan bolehlah cakap besar. Tengoklah nanti lawan yang sebenar..kite tengok, siapa yang menang siapa yang kalah.
khairul : ok kita tengok.

PERLAWANAN BOLA TAMPAR PERINGGAT DAERAH 2008
cikgu : cikgu harap team perempuan bola menang ye..sebab team lelaki da kecundang di suku akhir tadi.
hanisah : (dalam hati : ya Allah berilah kemenangan kepada kami dalam perlawanan kami ni aminnn)

TAMAT PERLAWANAN
cikgu : tahniah kepada team perempuan kerana Berjaya mengekalkan kejuaraan dalam bola tampar peringkat daerah..walaupun sudah 5 kali berturut2 mendapat tempat ketiga.
semua pelajar : Alhamdulillah.
cikgu : team lelaki jangan kecewa..insyallah tahun akan datang kita usaha lebih dan cuba untuk merampas kembali kejuaran itu.
semua pelajar : insyallah..aminnnn..
cikgu : ok..sekarang kemaskan barang..lepas tu naik bas, kita balik sekolah. (semua pelajar pun mula bergerak untuk mengemas dan khairul menghampiri hanisah)
khairul : ooiitt budak, tahniah menang..nombor tiga je kot..tak payahlah nak bangga sangatlah..
hanisah : trimass..aku bersyukur sangat pada Allah sebab bagi aku kemenangan hari ni..sekurang2nya berbaloilah latihan hari2 dengan cuace yang terik..tak da lah balik sekolah dengan tangan kosong..buat malu je..tulah berlagak sangat..mengutuk orang lebih..tengok2 dia yang kalah.
khairul : ala..kalah nipis je.
hanisah : (malas nak berperang mulut dengan khairul dan dia terus mengangkat barang menuju ke bas)

DI SEKOLAH (SEMASA WAKTU REHAT)
hanisah : rafiq, amir, luqman tulis nombor kad pengenalan korang..cikgu mintak sebab kita ada lawan persahabatan dengan budak sekolah perak.
(rafiq, wafi & luqman tulis nombor kad pengenalan mereka di atas senarai nama yang dihulurkan oleh hanisah)
rafiq : eh ada nama khairul jugalah..nak nombor kad pengenalan dia ke?
hanisah : ha letaklah kalau korang tahu.
luqman : kompemlah kitaorang tak tahu..ko pegilah jumpa dia sendiri kat kelas 4 IS 1..dia tak turun kantin, dia puasa hari ni.
hanisah : yela..eh jangan lupe..latihan mula petang esok ye..sebab sabtu minggu depan nak lawan da.
amir, rafiq & luqman : ok..insyallah.

DI HADAPAN KELAS 4 IS 1
hanisah : assalamualikum..ade orang nama khairul..saya nak jumpa kejap.
khairul : waalaikumussalam..nak apa? Ko rindu nak lawan dengan aku ke?
hanisah : eieieie perasan..da kalah da la..nak belagak lagi..ni ha..nak nombor kad pengenalan, cikgu mintak..
khairul : eleh cikgu mintak ke..ko mintak..890909-**-****..ko tengok betul2 no.i/c aku tu..ingat sampai mati..pastu bagi hadiah tau..da nak dekat ni..
hanisah: bla la ko..malas aku nak layan..(berlalu meninggalkan khairul yang sedang mentertawakannya)

PERLAWANAN BOLA TAMPAR DAERAH 2009
cikgu : Alhamdulillah..team lelaki dan team perempaun menang tahun ni..
murid2 : Alhamdulillah…

09/ 09/ 2009 PANGGILAN TELEFON CUTI SEKOLAH
khairul : Assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan hanisah?
hanisah : waalaikumussalam..ye saya..siapa disana?
khairul : wei ni aku khairul…ingat aku lagi tak?
hanisah : oOo ko..mana dapat nombor telefon aku ni..?
khairul : ko ingat ko anak raja parsi ke sampai nombor telefon ko aku tak boleh dapat…arrrrr mana aku dapat itu tak penting..yang penting hadiah aku…
hanisah : hadiah apa? Mana ada aku janji nak bagi ko hadiah.
khairul : ko lupa atau buat-buat lupa..ko cuba tengok tarikh hari ini…
hanisah : hari ni 09092009..kenapa dengan tarikh hari ni?
khairul : hari ni tarikh lahir aku..aku telefon ko ni sebab nak tuntut hadiah lah..
hanisah : wei mana ada aku cakap aku nak bagi ko hadiah..suka-suka ko aje kan..g la minta kat awek ko..
khairul : arrrrrr aku tak nak hadiah dari orang lain selain ko…aku tak kira..aku nak juga hadiah dari ko..
hanisah : ada aku kisah ko kira ke tak…g la beli sendiri..
khairul : arrrrr aku tau buka sekolah nanti aku dapat hadiah dari ko..kalau tak ada hadiah dari ko..tunggu lah kat gelanggang nanti..
hanisah : ko ingat aku takot dengan ugutan ko…bla la weiii…dala malas aku nak layan ko..assalamualaikum..
khairul : ok taka pa..waalaikumussalam.

DI RUANG TAMU
Hanisah : abah, mak, kakak..kawan nisah..dia minta hadiah lah sempena hari lahir dia hari ni…nisah nak bagi apa nya kat dia..nisah tak penah bagi hadiah kat lelaki.?
abah : emmmm…lelaki nya..sekejap..abah rasa abah ada barang baru.
mak : mak pun ada sesuatu.
kakak : akak pun ada..nisah tunggu kat sini jap ye..
(abah, mak dan kakak masuk ke bilik masing-masing dan tak lama kemudian mereka keluar dengan memegang sesuatu)
abah : ni abah ada kain pelekat dan kopiah baru..belum guna..cantik lagi dalam kotaknya..bagi lah dia.
mak : ni tasbih..unik tasbih ni..mak hadiah kan kepadanya dengan harapan dia sentiasa ingat Allah..
kakak : ni sejadah kecik yang akak kirim dari kawan akak kat mesir..ada lebih 1..bagi lah kat dia..mudah dia nak solat kat mana-mana bila ada sejadah ni..
hanisah : terima kasih abah, mak kakak..nisah sayang semua..(sambil memeluk sesama mereka)
 
DI PERPUSTAKAAN
hanisah : wei..ni hadiah ko…ambil lah..nak sangat kan..
khairul : ada juga..ingatkan tak nak bagi da..boleh aku buka sekarang..?
hanisah : buka lah..aku tak balut pun..tak sempat..kotak tu pun aku kebas kat abang aku..
khairul : (tersenyum apabila melihat isi kandungan kotak yang di hulurkan oleh hanisah) terima kasih.. banyaknya bagi..sampai 5..
hanisah : kain pelekat dgn kopiah abah aku bagi, tasbih dari mak aku, sejadah tu kakak aku bagi..yang Kristal kecik tu baru aku beli..sorry lah itu je yang aku mampu bagi…sebenarnya aku tak pernah bagi hadiah kat lelaki ko adalah lelaki pertama yang aku bagi hadiah dengan bantuan family aku..kristal tu aku beli kat pasar malam..murah je..RM 3.. aku rasa comel..sebab tu aku beli, aku bagi ko..lau ko tak suka dengan hadiah yang aku bagi..ko buang lah..
khairul : issshhhhyyy..aku suka lah..insyallah aku akan guna semua hadiah yang family ko bagi ni…paling aku suka Kristal ni..walaupun murah tapi cantik dengan tulisan HAPPY BRITHDAY..(sambil tangannya memutarkan skru di bawah Kristal dan Kristal itu mengeluarkan cahaya warna warni)
hanisah : ok lah..aku masuk kelas dulu..assalamualaikum..
khairul : waalaikumussalam..

AKHIR TAHUN SELEPAS TAMAT PEPERIKSAAN SPM
Khairul : wei nisah..aku rasa ni adalah pertemuan kita yang terakhir..lepas ni aku tak tau lah kita dapat jumpa lagi ke tak..
hanisah : elok lah tu…aku memang da tak nak jumpa ko pun lagi..rimas aku..asyik nak cari gaduh je..
khairul : ko jangan cakap cam tu..kang nanti ko rindu aku baru tau..
hanisah : lawak giler…tak hengenla aku nak rindu ko..ko bukan suami aku pun.
khairul : ok..kita tengok nanti.

DI TAHUN AKHIR PENGAJIAN
hanisah : (tersenyum seorang diri di gelangang bola tampar universitynya apabila teringat perbualannya dengan jurulatih bola tamparnya semasa di sekolah menengah dahulu)
hanisah: cikgu, apa motif cikgu suruh kami berlatih berpasangan lelaki dan perempuan?
cikgu : cikgu nak kamu semua belajar sendiri akhlak dan adab ketika bermain dengan orang bukan Islam. Betul ketika lawan nanti semua perempuan tetapi tak semua pemain beragama Islam. Awak tak boleh bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim awak kan. Aurat-aurat kamu juga perlu di jaga daripada pandangan mereka. Betul tak. Samalah dengan wanita beragama lain, kita kena tutup aurat kita ketika bersama mereka. Jaga batas pergaulan kita dengan mereka yang bukan Islam walaupun kita sesama wanita. Cuba awak perhatikan, jika awak berlatih dengan lelaki, automatic awak akan jaga adap, malu nak lompat-lompat, jerit-jerit pun kurang, batas pergaulan sangat dijaga dan yang paling penting adalah aurat kamu semua terjaga.
hanisah : (memikir kembali apa yang di cakap oleh gurunnya. Ada betunyal juga)

 5 TAHUN KEMUDIAN
Khairul : Assalamualikum..boleh saya bercakap dengan hanisah?
hanisah : waalaikumussalm..ye hanisah sedang bercakap ni..siapa di sana?
khairul : wei nisah ni aku khairul..dak sekolah dulu..ingat aku lagi tak?
hanisah : ye..aku ingat lagi…yang minta hadiah dari aku kan..
khairul : ha..betul..betul..ko sihat? Ko wat pe sekarang?
hanisah : Alhamdulillah aku sihat. Aku kat university ni. Ada exam. Esok last. Ko ni kenapa tetiba je telefon aku. Da lama menyepi baru sekarang muncul. Ha ni mesti kes nak cari gaduh ngan aku lagi kan.
khairul : cari gaduh ngan ko tu memang tak pernah berhenti dari hobi aku. Saje je aku menyepi. Ko rindu aku ek?
hanisah : bla la ko. Tak hengin aku nak rindu ko.
khairul : ala malulah tu nak mengaku. Tak pe aku faham. Wei ko da kahwin ke?
hanisah : apaa ko kisah aku dah kahwin belum?
khairul : cakap aje lah. Kalau ko dah kahwin aku nak bagi hadiah ni, kalau ko belum kahwin aku nak masuk minang ko.
hanisah : ha minang? Tak naklah aku kahwin ngan ko.
khairul : I like. Jawapan tu menunjukkan ko belum kahwin kan. Ko tunggu kat rumah aku nak bagi ko hadiah besar. Besar daripada apa yang ko bagi aku dulu.
hanisah : elehhh..belagak betul. Aku tak heran lah dengan hadiah ko tu.
khairul : wei 2 minggu lagi aku datang uma ko hantar hadiahnya, ko tunggu aku tau. Ha jangan lupa masak sedap-sedap sebab aku datang dengan tentera aku.
hanisah : ha..lantak ko lah..ada aku kisah.

2 MINGGU KEMUDIAN
hanisah : subhanallah..abah..banyaknya kereta. Kawan abah datang ke?
abah : eh. Kawan nisah lah yang datang. Kan minggu lepas nisah ada bagitau kat abah yang kawan nisah nak datang dengan tentera-tenteranya. Tu da samapailah tu. Pergi sambut.
hanisah : Allah..lupa. abah lah sambut. Malulah nisah.
abah : malu-malu kucing pula, malu tapi mahu.
hanisah : apa abah?
abah : eh tak ada apa. Ni ha kat kain abah ada bulu kucing.
hanisah : emmmm..eh khairul.
abah : oOo..itulah calon menantu abah. Not bad lah.
hanisah : apa abah??
khairul : assalamualaikum..
abah : waalaikumussalam..jemput masuk..silakan duduk.(menuju ke pintu hadapan untuk menyambut tetamu yang datang dan meninggalkan hanisah yang terpinga-pinga dengan kata-kata abahnya)

PERBINCANGAN DIMULAKAN.
khairil : bismillahirrahmanirrohim. Saya mohd khiril bin jaafar ayah kepada mohd khairul datang ke sini dengan membawa hajat murni. Iaitu untuk menyunting bunga di taman rumah En. Haris. Bunga yang dimaksudkan adalah anak En. Haris yang bernama Nur Hanisah binti Mohd Haris.
hanisah : (duduk berhampiran dengan khairul) ooiii..ko ni apa cerita tetiba je.
khairul : ni la hadiah yang aku nak bagi ko. Ko tak suka ke?
hanisah : suka (menundukkan muka kerana malu dan bercakap dengan nada yang terlalu perlahan tetapi boleh di baca oleh khairul)
khairul : (mendapat idea nakal untuk mengenakan hanisah, dengan sengaja dia menguatkan suara seperti menyergah orang) apa???
hanisah : suka (dia menjawab kerana terkejut dengan sergahan khairul dan dia menjadi malu apabila semua mata yang ada di dalam rumah itu memandang kearah mereka berdua)
abah : hanisah…hanisah..sabarnya sayang..bagi abah habiskan bincang dengan ayah khairul.
(suara gelak tawa yang kedengaran selepas abah berhenti bercakap)
hanisah : (membulatkan mata tanda protes dengan khairul)
khairul : (ketawa kerana geli hati dengan reaksi hanisah)
abah : baiklah..memandangkan empunya badan pun dah bagi jawapan. Maka kesimpulannya, pinangan ini di terima, pertunangannya minggu hadapan dan majlis pernikahannya 2 minggu lagi. Ok tak pengantin?
khairul : ok sangat abah..ooppssss..pak cik..duit hantaran RM 20 ribu saya hadiahkan untuk bakal isteri saya (sambil mengeyitkan mata kepada hanisah)
hanisah : (membalas dengan menjelirkan lidah kerana geram dgn perbuatan khairul)
abah : Alhamdulillah selesai. Terus mengangkat tangan dan membaca doa. (doa di aminkan oleh semua tetamu yang ada).

2 comments:

  1. Salam alaik..terus berjuang..baru tau kinah ada blog..jom sme2 sebarkan ilmu bermanfaat..^_^

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..terima kasih akak..doakan yg terbaik utk kina ye..

    ReplyDelete