Friday, 21 December 2012

Kenapa Tak Rogol Saya?????

 Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

MAAFKAN MAMA SAYANG !!!!!!!!


“Kakak!!!!!!!”. Saya menjerit kuat.

Sudah terlambat. Saya hanya mampu memandang, cermin mata saya yang bingkainya sudah patah. Segera suami mengambilnya dari tangan Aqila.

Saya menahan marah, membisikkan pada diri supaya sabar. Sedang mengawal minda agar menekan butang ‘pause’ dari melakukan sebarang tindakan tidak wajar pada anak kecil itu.

Si kecil yang masih belum faham bahawa ibunya sedang marah, meluru pada saya. Senyum dan memeluk erat kaki si ibu ini.

Thursday, 20 December 2012

HaRgA mAsA AyAh ^_^


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Monday, 3 December 2012

CiNtA HaLaL SyUrGa ✰ ◠◡◠ ✰

gambar hiasan
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Sunday, 2 December 2012

SuRaT CiNtA UtK MaK ^_^

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

Wednesday, 19 September 2012

KERANA MU BOLA




MULA KENAL FORM 4 (DI GELANGGANG BOLA TAMPAR)
hanisah  : amir, siapa budak tu? Budak baru ke?

amir : dia baru nak masuk team kitaorang, sebelum ni dia main badminton sekolah..dah bosan katanya , tu yang tukar angin nak main bola tampar plak.
hanisah : ooo…

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN
hanisah : wei tolong ambilkan bola yang kat belakang ko tu.
khairul : ambillah sendiri..tak ada kaki ke?
hanisah : sombong giler..da la budak baru tetiba je nak belagak..minta tolong sikit pun tak boleh..tak pe..tak pe..(dengan perasaan geram hanisah melangkah juga untuk mengambil bola)
khairul : wei budak jom latihan dengan aku. Budak-budak lain cakap ko hebat sangat main bola tampar.
hanisah : tak nak la aku..ko ajaklah kawan ko, kan ramai..aku nak latihan ngan kawan aku. Aku tak hebat pun.
khairul : eleh nak merendah diri.


KAHWIN TANPA CINTA


Gambar Hiasan

KAWAN SEKOLAH
ain : assalamualaikum eika, sihat?
ika : waalaikumussalam ain..sihat Alhamdulillah..ain sihat?
ain : Alhamdulillah ain sihat juga..ika, ain ada 1 perkara nak bincang dengan ika. Ika sibuk tak sekarang?
ika : tak ada buat apa pun, baru lepas breakfast, kenapa ain.?
ain : malu nak cakap sebenarnya tapi kena cakap juga.
ika : tak payahlah nak malu, cakap aja lah, ika rasa macam serius je ain ni.
ain : memang serius pun. Sebenarnya ain nak mintak tolong ika carikan sesiapa yang sudi jadi suami ain.
ika : subhanallah. Besar ni ain. Pasal jodoh ni agak berat bagi ika. Kenapa tetiba aja ni?
ain : ain dah agak dah ika akan terkejut.